Kesilapan wanita dalam menutup aurat!
KESALAHAN
PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt'
berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung
tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya
sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah
‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar
dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya
memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya
dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung
yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
KESALAHAN
KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis
sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah
Hadith :-
يرحم الله المتسرولات
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para
wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli,
Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no
41245) .
KESALAHAN
KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi
memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi
mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian
kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu
mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu
memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan
dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah
perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh
harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)
No comments:
Post a Comment