♥ Wahai pemilik tulang rusukku
Sesungguhnya aku sentiasa menunggu
Menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu
Dalam setiap detik saat yang terus berlalu
Aku terus menjadi perindu
Yang sentiasa memperbaiki diriku
Agar menjadi suri terbaikmu
Biarpun masa bagaikan cemburu
Aku terus menunggu dan menunggu
Tidak sekali aku rasa jemu
Kerana aku sentiasa sematkan dalam hatiku
Kau juga sedang berusaha mencariku
Sambil terus mempersiapkan dirimu
Untuk menjadi yang terbaik buatku
Walau aku tidak pernah tahu
Siapakah dia pemilik tulang rusukku... ♥
P/S: Aku adalah rusukmu yang
bengkok, maka luruskanlah aku dengan kasih sayang. Janganlah kamu tinggikan
suaramu , memanggil aku dengan nama bukan-bukan mahupun mengasariku. Aku tidak
diciptakan dari kaki untuk dikasari, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi
dekat di bahu untuk dilindung, dekat pula di hati untuk disayangi. Maka sayangilah aku dan terimalah aku seadanya~
No comments:
Post a Comment