Sewaktu Adam baru turun ke muka bumi, keadaan sekeliling gelap gelita. Maka Allah memperintahkan Jibril menghantar sedikit cahaya api untuk kegunaan Nabi Adam di bumi. "Wahai Jibril, pergilah engkau meminta sedikit api neraka dari Zabaniyah. Dia malaikat yang menjaga api neraka".
Lantas Jibril menemui Zabaniyah.
Jibril : Wahai Zabaniyah, Allah perintahkan aku meminta sedikit api neraka darimu untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam.
Zabaniyah : Banyak mana sedikit api neraka yang engkau mahu?
Jibril : Berilahku sebesar buah tamar.
Zabaniyah : Wahai Jibril, jika aku memberi api neraka sebesar buah tamar, nescaya akan cairlah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi.
Jibril : Jika begitu berilah separuh dari buah tamar.
Zabaniyah : Jika separuh dari buah tamar ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walau setitik air hujan dan tidak ada tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.
Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniyah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai.
Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.
PENGAJARAN
Itulah api neraka. Kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri nanti.
No comments:
Post a Comment