Epal
yang tidak berkualiti
amat
mudah diperolehi
kerana
ia berguguran di tanah
tapi
epal yang tak mampu dibeli,
ia
berada di puncak
Susah
dipetik, susah digapai
Terkadang
epal itu risau sendiri
kenapalah
diriku belum dipetik?
Lantas
ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah
sedangkan
ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya
Sebenarnya
epal itu terlalu tinggi,
elok
sifatnya
sehinggakan
tiada siapa yang berani memetiknya
hanya
pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya
Mungkin
bukan jodoh di dunia
tapi
mungkin di akhirat?
Biarlah
jodohnya bukan di dunia
asalkan
cinta Illahi mengiringinya....
Usahlah
takut atau bersedih hati andai dirimu belum berpunya, kerana lelakimu itu
sedang mempersiapkan diri untukmu. Mempersiapkan dirinya dengan ilmu untuk
melayarkan bahtera perkahwinan denganmu bila sudah tiba masanya nanti. Usah
bermuram durja andai hatimu belum dimiliki, kerana hatimu itu bakal dikurniakan
kepada seorang pejuang hebat, penegak syariat Allah. Dia, pemuda yang hebat,
bukan lelaki murahan. Yang bisa mengambil wanita di jalanan dan membawa pulang.
Itu hanya nilai harga epal yang murah.
No comments:
Post a Comment