-->
princesz puteri

xx

Wednesday, 25 April 2012

Proud car owners, luv ur car? U’ll love #ShellHelix , every1 deserves to feel like they’ve got d best ride on d road

Proud car owners, luv ur car? U’ll love #ShellHelix , every1 deserves to feel like they’ve got d best ride on d road
Posted by princesz puteri at 08:50 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

#ChurpChurp ran over 500 new campaigns in the past 6 months! Were you apart of it? If you weren't, start today!

#ChurpChurp ran over 500 new campaigns in the past 6 months! Were you apart of it? If you weren't, start today!
Posted by princesz puteri at 08:09 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 23 April 2012

5 syarat maksiat dibenarkan

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama,
jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “
Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “
Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,“
Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab,“Wahai Abdullah
kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil teresak-esak.


Posted by princesz puteri at 07:54 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ISLAMIC CORNER

Monday, 16 April 2012

titian sirat :|






Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan..! selamatkan..!
 

Fudhal bin riyadh berkata perjalanan di sirat memakan mase 15000 tahun. 5000 tahun menaik,5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun,ada makhluk yg melitasinya seperti kilat,seperti ANGIN, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. ade yg tidak dpt memelepasinya dsebabkn api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka JATUH ke dalamnya.!

Sahabat ku.. amalan pertama yang akan dihisab , adalah "SOLAT"
Posted by princesz puteri at 02:29 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ISLAMIC CORNER

Wednesday, 4 April 2012

wahai pemilik tulang rusukku


♥ Wahai pemilik tulang rusukku
Sesungguhnya aku sentiasa menunggu
Menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu

Dalam setiap detik saat yang terus berlalu
Aku terus menjadi perindu
Yang sentiasa memperbaiki diriku
Agar menjadi suri terbaikmu

Biarpun masa bagaikan cemburu
Aku terus menunggu dan menunggu
Tidak sekali aku rasa jemu

Kerana aku sentiasa sematkan dalam hatiku
Kau juga sedang berusaha mencariku
Sambil terus mempersiapkan dirimu
Untuk menjadi yang terbaik buatku

Walau aku tidak pernah tahu
Siapakah dia pemilik tulang rusukku... ♥


P/S: Aku adalah rusukmu yang bengkok, maka luruskanlah aku dengan kasih sayang. Janganlah kamu tinggikan suaramu , memanggil aku dengan nama bukan-bukan mahupun mengasariku. Aku tidak diciptakan dari kaki untuk dikasari, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat pula di hati untuk disayangi. Maka sayangilah aku dan terimalah aku seadanya~
Posted by princesz puteri at 01:35 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ISLAMIC CORNER

Tuesday, 31 January 2012

wanita ibarat AppLE~



Epal yang tidak berkualiti
amat mudah diperolehi
kerana ia berguguran di tanah
tapi epal yang tak mampu dibeli,
ia berada di puncak
Susah dipetik, susah digapai
Terkadang epal itu risau sendiri
kenapalah diriku belum dipetik?
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah
sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya
Sebenarnya epal itu terlalu tinggi,
elok sifatnya
sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya
hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya
Mungkin bukan jodoh di dunia
tapi mungkin di akhirat?
Biarlah jodohnya bukan di dunia
asalkan cinta Illahi mengiringinya....


Usahlah takut atau bersedih hati andai dirimu belum berpunya, kerana lelakimu itu sedang mempersiapkan diri untukmu. Mempersiapkan dirinya dengan ilmu untuk melayarkan bahtera perkahwinan denganmu bila sudah tiba masanya nanti. Usah bermuram durja andai hatimu belum dimiliki, kerana hatimu itu bakal dikurniakan kepada seorang pejuang hebat, penegak syariat Allah. Dia, pemuda yang hebat, bukan lelaki murahan. Yang bisa mengambil wanita di jalanan dan membawa pulang. Itu hanya nilai harga epal yang murah. 
Posted by princesz puteri at 08:47 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ISLAMIC CORNER

Sunday, 29 January 2012

kesilapan wanita dalam menutup aurat!



Kesilapan wanita dalam menutup aurat!




KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
يرحم الله المتسرولات
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)






Posted by princesz puteri at 07:59 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ISLAMIC CORNER
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

nuffnang

say s0mething~

Total Pageviews

Sparkline

Popular Posts

  • teman
    teman... jangan kau tinggalkan aku tanpa salam tanpa pesan  nanti aku resah menantimu.. tapi tinggalkanlah aku dengan satu kepastian...
  • sweet and s0ur guys
    di saat kau menyentuh rambutmu di saat itulah kau menyentuh hatiku..
  • valentine
      Roses are Red, Violets are Blue, This year I am getting neither, Spending my Valentine with my dear beloved Books and Assignment ...
  • warkah untuk bakal suamiku~ XD
    Wahai lelaki bakal suami ku,pemilik cinta ku~ Aku tidak mahu ustaz2 yang mengajar hukum agama kepada ku..aku mahu KAMU sebagai suami ku ya...
  • wahai pemilik tulang rusukku
    ♥ Wahai pemilik tulang rusukku Sesungguhnya aku sentiasa menunggu Menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu Dalam setiap detik s...
  • wanita ibarat AppLE~
    Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah tapi epal yang tak mampu dibeli, ia berada di punc...
  • manfaat bertudung
    Allah memerintahkan sesuatu pasti ada manfaatnya untuk kebaikan manusia. Dan setiap yang benar-benar manfaat dan diperlukan manusia dalam ...
  • 5 syarat maksiat dibenarkan
    Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong beri...
  • kesilapan wanita dalam menutup aurat!
    Kesilapan wanita dalam menutup aurat! KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. KESALAHAN KEDUA : Bertudung tet...
  • chenta dari utara
    ye.. shaye shuke anda..shuke sgt.. sebab?? sebab anda hands0me.. (haruslah) sebab anda adew b0dy yang ... (speechless!!!) tinggi~tegap~kuli...

Blog Archive

  • ▼  2012 (19)
    • ▼  April (5)
      • Proud car owners, luv ur car? U’ll love #ShellHeli...
      • #ChurpChurp ran over 500 new campaigns in the past...
      • 5 syarat maksiat dibenarkan
      • titian sirat :|
      • wahai pemilik tulang rusukku
    • ►  January (14)
  • ►  2011 (17)
    • ►  November (1)
    • ►  September (5)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  April (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

anime



Blogger WidgetsBlogspot Tutorial Flying Magenta Butterfly

c0py cat~

playlist

Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved princeszputeri.blogspot.com